“AWAK Mmg Kejam Sarjan” .. Sampai Menghembus Nafas Terakhir Aina Tidak Dedah Kekejaman Bapa (6GAMBAR)

Loading...

 

Loading...

Ipoh : Jenazah Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya di Negeri Sembilan semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kepayang, Fairpark di sini, jam 9.30 malam ini.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan ketika pengebumian yang turut dihadiri ibu kandung kanak-kanak itu yang kelihatan sebak.

 

Bapa kanak-kanak itu berusia 38 tahun dan ibu tirinya 30-an yang juga suspek dalam kejadian itu turut hadir dengan dibawa anggota polis dalam keadaan tangan kedua-dua mereka bergari menyaksikan pengebumian berkenaan.

Terdahulu, jenazah kanak-kanak malang berkenaan yang dibawa dari Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan tiba di tanah perkuburan itu pada jam 8.30 malam untuk dikebumikan.

 

 

 

 

 

 

Keluarga termasuk ibu kandung mangsa bagaimanapun enggan ditemubual oleh wartawan yang hadir di tanah perkuburan.

Nur Aina Nabihah dilihat tidak sedarkan diri oleh bapanya pada jam 11.30 malam kelmarin, sebelum lelaki itu yang juga anggota tentera cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada anak keduanya itu namun tidak berjaya.

 

Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, untuk rawatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 12.30 tengah malam.

Bedah siasat kemudian mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah pada organ dalaman dengan buah pinggang mangsa rosak, usus koyak, tulang rusuk kanan dan kiri patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

 

Sementara itu, seorang jiran lain, mendakwa kanak-kanak itu beberapa kali dilihat lebam pada muka, terutama pada bahagian mata.

“Mangsa agak pendiam dan jarang keluar rumah tetapi semua orang di sini tahu dia adalah kanak-kanak yang baik. Apabila saya bertanya mengenai kecederaan sebelum ini, dia memberi alasan terjatuh daripada basikal.

 

“Kami juga kerap mendengar suara bapanya marah-marah di dalam rumah itu dan disusuli bunyi seperti pukulan. Bapanya memang garang, tetapi mempunyai hubungan baik dengan jiran dan pernah memberitahu tidak sentuh anak-anak ketika marah,” katanya.

Jiran berkenaan turut berkata, tidak pernah mendengar kanak-kanak itu bercerita perkara buruk mengenai bapanya yang juga seorang anggota tentera berpangkat sarjan.

 

Ditanya mengenai kejadian malam tadi, dia berkata, mereka tidak menyedari bunyi mencurigakan, namun mengakui mendengar suara bapanya marah dengan kuat dari dalam rumah itu pada tengah hari, Ahad lalu.

Semoga roh adik Aina tenang disana semoga ibu dan abang nya tabah, moga bapa dan ibu tirinya mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Al fatihah.

 

sumber: https://www.accidentportal.com

 

Loading...