“INGATKAN Dah Takde Harapan Untuk Kembali Bersama”

Loading...

 

PETALING JAYA:Kalau sudah jodoh memang tidak akan ke mana, biarpun sudah berpisah atau membawa haluan masing-masing.

Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan perkahwinan kali kedua Nabilah Mohd Esa, 29, dengan bekas suaminya, Muhamad Isman Hadi, 31, yang berlangsung pada Rabu lalu.

Pasangan tersebut mengikat pertunangan pada Mei 2013 dan mendirikan rumah tangga sebulan kemudian sebelum berpisah kira-kira tiga tahun kemudian pada Julai 2016.

Loading...

 

 

1 Mei 2013 : kite Tunang.
1 Jun 2013 : kite kahwin.
12 July 2016 : kite Bercerai
(masing-masing,dah buat hal masing2.saye bz dengan hidup saye,awak bz dengan hidup awak.

Akhir bulan 12 2017 : awak ajak kawen.sye kate pergi tanye mak saye, klau die setuju ok lah, klu die tak setuju, tak boleh buat ape..
Awak tanye saye : aku ke yang kene tanye? Hahaha..
Saye : yelah, kau nak kawin dengan aku ke tak?🤔🤔
………………………………………………
1 jam lepas tu…
Saye : dah call ke?
Awak : dah..
Saye : macam mane? Ok ke
Awak : ok..ok sangat.. ok sangat… sengeh jek 1hari😇😇😇😇

31 Januari 2018(hari ni) : kite kawen semula. Kuat betul jodoh kite Isman Sun.. semoga perkahwinan kali ni akan membawa kite ke syurga bersama2, Insyaallah… Buang yang keruh,ambil yang jernih.kesilapan2 lampau tu, jgn lah kite buat lagi ye.

Saye sayang family saye…😗😗😗😗

 

 

Namun, jodoh yang kuat antara mereka telah menyatukan kembali Nabilah dan Muhamad Isman setelah hampir setahun setengah bercerai.

“Hubungan kami selepas bercerai itu memang tidak berapa baik sehingga saya merasakan kami memang tiada harapan untuk kembali bersama.

“Tapi, bekas suami pada ketika itu tidak pernah melupakan anak selepas kami berpisah dan dia akan datang melawat anak-anak pada setiap minggu biarpun terpaksa berulang alik dari Pahang ke Johor,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

 

Nabilah dan Muhamad Isman melangsungkan perkahwinan kali kedua pada Rabu lalu.

Kata Nabilah, suaminya hanya akan bermain dengan anak-anak di luar rumah dan tidak bertemu dengannya disebabkan hubungan mereka yang telah renggang.

Keakraban Muhamad Isman dan anak-anak akhirnya mendekatkan pasangan itu sehingga membuka hati masing-masing untuk melayari bahtera perkahwinan buat kali kedua.

“Apabila dia melamar saya buat kali kedua, saya minta dia tanyakan sendiri kepada ibu untuk mendapatkan restu kerana antara mereka memang ada masalah.

 

“Rupa-rupanya ibu saya sudah lama maafkan dia dan bersetuju jika kami ingin berkahwin semula,” kata eksekutif pentadbiran dan akauntan kanan itu.

Nabilah yang juga ibu kepada dua cahaya mata lelaki berusia dua dan tiga tahun itu berkata, dia dan suami berharap agar perkahwinan kali kedua ini dapat mematangkan mereka apabila berdepan sebarang masalah pada masa depan.

Posting yang dimuat naik Nabilah di Facebook tular dan menarik perhatian netizen yang turut gembira dengan mahligai yang dibina semula pasangan tersebut.

 

Sumber :  http://www.mstar.com.my

Loading...