Mangsa Dibunuh Melalui Wechat. Ramai Terkejut Bila Hubungan Mereka Terbongkar

Loading...

 

Loading...

 

Juruteknologi pergigian berusia 28 tahun yang ditemui mati di Kuarters Klinik Kesihatan Lukut di sini pada 22 Januari lalu dipercayai mengenali lelaki yang disyaki membunuhnya melalui aplikasi Wechat sejak pertengahan Januari 2018.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan polis mendapati juruteknologi pergigian itu kemudian mengajak suspek lelaki berusia 19 tahun itu ke Port Dickson bagi mendapatkannya pekerjaan di daerah ini.

“Mangsa memberi tambang bas RM50 kepada suspek untuk datang ke Port Dickson pada 15 Januari lalu. Mangsa tidak mendapat pekerjaaan sebaliknya mendakwa dikurung dalam rumah mangsa.

“Pintu rumah itu didakwa dikunci oleh mangsa setiap kali mangsa keluar rumah” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sini hari ini.

 

 

Zainudin berkata, suspek yang tertekan kerana berasa tertipu dipercayai bertindak memukul mangsa menggunakan topi keledar dan alat pemadam api selepas beberapa hari berada di kuarters tersebut.

Bagaimanapun, kata beliau, suspek mendakwa dia tidak menyedari perbuatannya itu menyebabkan kematian mangsa selepas meninggalkan rumah berkenaan.

Justeru, Zainudin tidak menolak kemungkinan mangsa yang berasal dari Kelantan dan suspek dari Johor itu merupakan pasangan kekasih.

Menurut beliau, suspek masih ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan polis dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo! sebelum ini melaporkan misteri kehilangan Juruteknologi Pergigian di sini, Mahussin Abd. Rahim terbongkar selepas mangsa ditemui mati dibunuh di kediamannya di tingkat empat Kuarters Klinik Kesihatan Lukut.

 

Mayat Mahussin ditemui terbaring di atas sebuah tilam oleh rakannya yang datang ke rumahnya untuk mencarinya kerana dia tidak hadir bertugas sejak 19 Januari lalu.

Punca kematian mangsa disahkan oleh Hopsital Tuanku Ja’afar (HTJ) akibat kecederaan parah pada kepala kerana hentakan objek keras. – K! ONLINE

 

Kredit : mentolpanas.com

 

Loading...