Pasangan UK Beli Bas Usang Ni Untuk DIUBAHSUAI. Hasilnya Sangat Mengejutkan!

Loading...

 

Pasangan ini nekad membeli bas yang kerap melalui rumah mereka melalui eBay dan telah mengubahnya menjadi sebuah rumah mewah yang luar biasa.

 

Tom Grantham, 29, dan isterinya Kayley Barnes, 30, menghabiskan £ 1,200 (RM 6788) untuk membeli sebuah bas Stagecoach yang usang.

Loading...

Pasangan itu kemudiannya menyiapkan sepenuhnya bas itu dengan kos kira-kira £ 10,000 (RM 56,573.45) selama tempoh enam tahun.

Ia mengambil masa sembilan bulan untuk Tom membaiki bas itu supaya boleh bergerak sementara Kayley membuat rekaan dalaman untuk bas tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

Ia mempunyai tiga katil double, ketuhar, tandas dan bilik mandi tetapi mengekalkan beberapa ciri asal seperti dashboard, dan lain-lain.

Mereka tidak percaya apabila mereka mendapati bas berusia 23 tahun itu adalah bas nombor 51 yang bergerak dari Grimsby ke Louth melalui rumah keluarga mereka setiap hari.

Tom, yang bekerja sebagai doktor gigi kuda, berkata: “Kayley dan saya sedang mencari rumah bergerak dan terlihat bas itu dan kami fikir mengapa tidak.”

“Ia sangat sempurna untuk percutian keluarga.”

 

Pasangan itu dengan tiga anaknya berusia lapan, tujuh dan tiga kemudian menggunakan bas 1993 untuk perjalanan ke festival serta percutian keluarga ke Perancis dan Belgium.

Tetapi ketika ia sedang dalam perjalanan ke Itali enjinnya tiba-tiba bermasalah yang menyebabkan keluarga mereka terkandas di Switzerland.

Tom dari Market Rasen, Lincolnshire, menambah: “Ia adalah mimpi ngeri!

“Polis mengambil pasport kami supaya kami tidak dapat meninggalkan bas ini disebabkan undang-undang yang ada di negara ini.

 

“Saya terpaksa menelefon seorang kawan untuk menundanya sepanjang perjalanan pulang dan saya terpaksa menggantikan enjin baru.

“Kami mengambil kereta api untuk kembali ke Perancis dan berhenti di Disneyland Paris,

Mereka kini meletakkan kembali bas itu di ebay pada harga £ 8,000 dan lelongan berakhir pada hari Isnin.

Beliau menambah: “Anak-anak sangat kecewa bila mengetahui yang kami akan menjual bas itu, tetapi sudah tiba masanya untuk cabaran baru.”

 

Sumber : Daily Mirror / Malaysia Ku Baru

Loading...