Sedih Dilahirkan Tanpa Alat Sulit : Wanita Ini Akhirnya Meluahkan Keadaan Dirinya

Loading...

Image result for adolescent

 

Wanita yang tidak mempunyai vagina sejak lahir lagi merupakan kisah yang pelik namun ia kisah benar bagi Kaylee Moats yang mengalaminya. Dia merupakan pelajar lulusan Universiti Arizona Utara yang tidak mempunyai vagina. Kini, dengan berani dia menceritakan keadaannya kepada umum dengan harapan ada bantuan untuk membantu pengubatannya.

Kaylee Moats, pertama kali mengetahui bahwa dia tidak memiliki vagina pada usianya 18 tahun. Dia pergi berjumpa dengan pakar sakit puan kerana dia tidak pernah mengalami haid. Apabila diperiksa, doktor terkejut apabila mendapati bahawa Kaylee tidak mempunyai rahim, serviks, vagina atau pembukaan faraj.

 

Loading...

Kaylee yang dilahirkan tanpa vagina ini dikenali sebagai Sindrom Mayer-Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH) iaitu sebuah kondisi yang jarang terjadi dan hanya mempengaruhi sekitar 1 dari 4.500 bayi perempuan yang baru lahir.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan, hal ini terjadi ketika selama masa perkembangan embrio, organ reproduksi perempuan tidak berkembang dengan baik. Akibatnya, rahim dan vagina tidak terbentuk atau sama sekali tidak berkembang.

 

Difahami bahawa Kaylee sangat patah hati apabila menerima berita itu kerana dia diberitahu bahawa dia tidak mampu mempunyai zuriat. Namun, sekarang Kaylee sedang berusaha mendapatkan wang untuk membiayai kos pembedahan yang akan mengubah hidupnya sepenuhnya.

Ketika ditemubual oleh Barcroft TV, Kaylee mendedahkan bagaimana keadaan kehidupannya tanpa vagina:

Pembedahan tersebut dikatakan dapat mewujudkan pembukaan faraj yang membolehkan Kaylee mempunyai hubungan intim dengan pasangannya dan mempunyai kadar kejayaan 96 peratus. Namun,kos pembedahan ini sangat mahal dengan kira-kira $15,000 dolar.

Dengan menggunakan halaman GoFundMe untuk menambah dana yang diperlukan, Kaylee berharap dapat menjalani pembedahan pada masa akan datang agar dia dapat memberi keperawanannya kepada teman lelakinya Robbie dan berharap mereka akan mendapat zuriat.

Bercakap tentang hubungannya, Kaylee berkata:

“Saya mengenali Robbie ketika tahun terakhir saya di kolej ketika saya bekerja di bahagian penyambut tetamu. Dia melihat rupa saya sangat comel sehingga dia datang kepada saya dan kami mula berbual sejak itu.

Ia mengambil masa kira-kira sebulan bagi saya untuk memberitahunya bahawa saya mempunyai Sindrom MRKH. Dia keliru pada mulanya tetapi menyokong dan berkata bahawa ia tidak mengubah apa-apa bagaimana penerimaannya terhadap diri saya.

 

Dia tidak menumpukan perkara pada hubungan seksual kerana kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana saya tidak mempunyai pembukaan faraj.

Tetapi saya tidak sabar untuk mempunyai hubungan seksual. Saya tidak pasti Jika saya mahu menunggu sehingga perkahwinan tetapi saya fikir ia lebih selesa jika mempunyai pilihan seperti itu.

Saya agak gugup untuk melakukan hubungan seks buat kali pertama selepas pembedahan kerana saya tidak pasti jika sesuatu akan berlaku tidak seperti yang diinginkan atau jika ia akan menimbulkan kesakitan”.

 

Yang menariknya, walaupun Kaylee tidak pernah mempunyai keadaan haid yang sebenar, tetapi ovulasi masih berlaku sama seperti wanita normal yang lain. Namun, bukan pendarahan yang terjadi tetapi dia merasakan kekejangan pada perutnya dan darah menghilang ke dalam ovarinya.

Bercakap tentang kejanggalan keadaan yang dialaminya itu, Kaylee menambah:

 

“Ia sangat sukar berada di sekeliling orang di sekolah menengah dan kolej apabila gadis-gadis itu menceritakan tentang haid mereka atau bercerita tentang kehamilan dan anak-anak mereka.

Saya sentiasa tertanya-tanya seperti bagaimana hendak menggunakan tampon jika saya muda datang haid sedangkan saya tidak dapat melihat di mana saya boleh meletakkannya kerana keadaan yang dialami.

Mereka tidak tahu saya mempunyai keadaan ini dan jika seseorang bertanya jika saya mempunyai tampon saya hanya akan berkata tidak dan mendiamkan diri sahaja”.

 

Image result for kaylee moats woman no vagina

 

Walau bagaimanapun, Kaylee tidak akan berputus asa dengan keadaan dirinya dan akan menjalani pembedahan serta memulakan percubaan seksual, tetapi dia juga merancang untuk memulakan sebuah keluarga.

 

Woman With No Vagina Answers The One Question On Everyones Lips 20892914 1496462594.6178 funddescription

 

Adik perempuan Kaylee menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang kepadanya. Kaylee mengatakan bahawa jika apa yang dirancang tidak berjalan dengan baik, maka dia akan mengambil anak angkat.

 

Image result for kaylee moats woman no vagina

 

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”..sebab itu bersyukurlah dan hargailah anugerah yang Tuhan berikan kepada anda sebagai wanita kerana terdapat wanita yang berasa tidak sempurna kerana dilahirkan tanpa mempunyai vagina.

 

Sumber : unilad.co.uk

Loading...